Kriteria Amaran Ribut Petir


Jenis Amaran Kriteria
RIBUT PETIR
  • Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang jelas menunjukkan pada pencerapan stesen meteorologi, gema radar, imej satelit, produk NWP dan carta udara atas yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam yang sedang atau dijangka berlaku. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi 6 jam untuk satu-satu keluaran.
  • sekiranya keadaan cuaca dijangka bertambah buruk dan melebihi 6 jam, amaran boleh dinaiktaraf ke kategori amaran hujan berterusan.

Takrifan:

Ribut Petir Kejadian cuaca yang dikaitkan dengan kehadiran kilat dan petir hasil daripada pembentukan awan kumulonimbus. Ribut petir biasanya disertai dengan angin kencang dan hujan lebat dalam tempoh yang singkat yang boleh menyebabkan banjir kilat. Dalam keadaan yang ekstrem, ribut petir juga menghasilkan hujan batu dan puting beliung (belalai air dan belalai darat).