Pembenihan Awan


Keupayaan untuk membentuk titisan awan yang lebih besar daripada molekul wap air yang sedia ada memerlukan ejen buatan, Cloud Condensation Nuclei (CCN) mempunyai ciri-ciri higroskopik yang membantu untuk menarik, menyerap dan mengekalkan wap air di atmosfera. Garam biasa atau natrium klorida adalah salah satu contoh ejen higroskopik.

Tujuan utama pembenihan awan adalah untuk meningkatkan keberkesanan proses mikrofizik awan yang terlibat dalam pembentukkan titisan air hujan daripada molekul wap air yang sedia ada. Selepas titisan awan terbentuk, ia perlu mengembangkan saiznya kira-kira satu juta kali ganda untuk menjadi titisan hujan. Dalam usaha untuk ini berlaku, titisan awan akan melalui proses pelanggaran-tautan berganda (perlanggaran antara titisan yang berbeza saiz akan menyebabkan titisan yang lebih besar terbentuk). Proses di mana titisan awan berlanggar dan bertaut ini membebaskan haba pendam, yang seterusnya akan menggalakkan lagi proses perlanggaran dan tautan ini. Titisan awan hanya boleh bertaut atau bergabung jika ianya mempunyai caj elektrik bertentangan; jika tidak, ia hanya akan menolak antara satu sama lain. Apabila titisan awan semakin berkembang dan menjadi lebih berat, ia mulai jatuh menerusi awan. Titisan yang lebih besar akan jatuh dengan lebih cepat dan pada masa yang sama mengumpul titisan yang lebih kecil semasa ianya jatuh, ini menyebabkan titisan menjadi semakin besar dengan keamatan yang lebih tinggi dan turun sebagai hujan.