Kriteria Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora

Peringkat Amaran Kriteria Kesan Yang Boleh Berlaku Tindakan Yang Diambil
KATEGORI PERTAMA Angin kencang dengan kelajuan angin dari 40-50 kmsj dan/atau laut bergelora dengan ketinggian gelombang sehingga 3.5 meter.
  • Berbahaya kepada bot-bot kecil.
  • Berbahaya kepada semua aktiviti rekreasi dan sukan laut.
  • Pemantauan dijalankan secara rapi dan berterusan.
  • Pengeluaran amaran apabila kriteria dipenuhi.
  • Amaran disebarkan kepada semua agensi yang berkaitan, pihak media massa dan orang awam melalui myCuaca, eMET, SMS, laman web MET Malaysia, media massa, media sosial, faks dan e-mel.
KATEGORI KEDUA Angin kencang dengan kelajuan angin dari 50-60 kmsj dan/atau laut bergelora dengan ketinggian gelombang sehingga 4.5 meter.
  • Berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan termasuk perikanan dan perkhidmatan feri.
  • Berbahaya kepada semua aktiviti pantai.
  • Pemantauan dijalankan secara rapi dan berterusan.
  • Pengeluaran amaran apabila kriteria dipenuhi.
  • Amaran disebarkan kepada semua agensi yang berkaitan, pihak media massa dan orang awam melalui myCuaca, eMET, SMS, laman web MET Malaysia, media massa, media sosial, faks dan e-mel.
KATEGORI KETIGA Angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dan/atau laut bergelora dengan ketinggian gelombang melebihi 4.5 meter.
  • Berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan.
  • Berbahaya kepada pekerja pelantar minyak.