Pejabat Meteorologi Sarawak


Pengenalan

Pejabat Meteorologi Sarawak diwujudkan untuk mengurus dan membekalkan tinjauan cuaca untuk penerbangan, media massa, syarikat swasta dan orang-orang perseorangan di peringkat Negeri Sarawak.

Fungsi
  • Membekalkan maklumat cuaca penerbangan kepada syarikat penerbangan dan lapangan terbang.

  • Mengeluarkan maklumat ramalan cuaca harian, ramalan cuaca permintaan khas serta ramalan cuaca keadaan laut dan angin.

  • Mengeluarkan tinjauan cuaca khas, maklumat dan nasihat kepada pengguna-pengguna data meteorologi daripada pelbagai sektor seperti pembinaan, pelancongan, perindustrian, pertanian, perikanan, perkapalan dan marin apabila diperlukan.

  • Mengeluarkan amaran awal akan berlakunya fenomena cuaca buruk seperti hujan monsun, hujan lebat berterusan, ribut petir, kemarau, kabut dan jerebu apabila diperlukan.

Perkhidmatan
  • Membekalkan dokumen cuaca penerbangan kepada syarikat penerbangan dan lapangan terbang.

  • Mengeluarkan ramalan cuaca harian, ramalan cuaca permintaan khas serta ramalan cuaca keadaan laut dan angin.

  • Mengeluarkan tinjauan cuaca khas, maklumat dan nasihat kepada pengguna-pengguna data meteorologi daripada pelbagai sektor seperti pembinaan, pelancongan, perindustrian, pertanian, perikanan, perkapalan dan marin apabila diperlukan.

  • Mengeluarkan amaran awal akan berlakunya fenomena cuaca buruk seperti hujan monsun, hujan lebat berterusan, ribut petir, kemarau, kabut dan jerebu apabila diperlukan.

Piagam Pelanggan

Kami, Warga Pejabat Meteorologi Sarawak dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  • Semua perkhidmatan meteorologi yang diberikan mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)/ World Meteorological Organization (WMO).

  • Semua dokumen ramalan cuaca untuk penerbangan antarabangsa dan domestik disiapkan tidak lewat dari tiga (3) dan dua (2) jam sebelum penerbangan masing-masing.

  • Menyebarkan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional kepada orang awam dan agensi kerajaan dengan segera bagi mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.

  • Memberi respon terhadap setiap pertanyaan dan aduan dalam masa dua (2) minggu melalui surat atau dua puluh empat (24) jam melalui telefon

Peta Lokasi

Pegawai Dihubungi

Pengarah,
Pejabat Meteorologi Sarawak,
93667 Kuching, Sarawak.
Tel: 082 - 617 761
Faks: 082 - 617 756
E-mail : pmskuching@met.gov.my