Pejabat Meteorologi Johor


Pengenalan

Pejabat Meteorologi Johor telah ditubuhkan pada tahun 1974 dan terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira 25 km dari bandar Johor Bahru. Pada tahun 2014, Stesen Meteorologi Senai telah dinaik taraf menjadi Pejabat Meteorologi Johor dan bertanggungjawab menguruskan tiga pejabat meteorologi yang terletak di Batu Pahat, Kluang dan Mersing dan satu stesen meteorologi radar di Kluang. Fungsi utama pejabat-pejabat ini adalah untuk mengawasi keadaan cuaca secara berterusan dan menyediakan data-data meteorologi untuk kegunaan ramalan cuaca bagi negeri Johor.

Fungsi
  • Mengurus pentadbiran, pembangunan dan operasi meteorologi di peringkat negeri.

  • Memastikan aktiviti memenuhi keperluan negeri dan nasional.

  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang meteorologi, geofizik dan tsunami kepada jabatan kerajaan, agensi swasta dan awam.

  • Melaksanakan program kesedaran dan pendidikan awam mengenai risiko bencana yang berkaitan dengan fenomena cuaca, gempa bumi dan tsunami di peringkat negeri.

  • Mengurus dan memantau operasi meteorologi penerbangan supaya mematuhi standard yang ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)/ World Meteorological Organization (WMO).

Perkhidmatan
  • Membekal tinjauan cuaca harian kepada jabatan kerajaan, media massa dan orang awam.

  • Membekal maklumat cuaca dan data-data meteorologi kepada orang awam dan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai sektor seperti pertanian, pembinaan, pelancongan, perindustrian, pengangkutan dan perikanan.

  • Menyebarkan nasihat atau amaran cuaca buruk kepada agensi pengurusan bencana dan orang awam.

  • Memantau cuaca berterusan dan membekalkan maklumat cuaca penerbangan kepada Perkhidmatan Trafik Udara.

  • Memberi taklimat cuaca dan khidmat nasihat kepada jabatan kerajaan, agensi swasta dan orang awam.

Kami, Warga Pejabat Meteorologi Johor dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  • Semua perkhidmatan meteorologi yang diberikan kepada penerbangan awam mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)/ World Meteorological Organization (WMO).

  • Menyebarkan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional kepada orang awam dan agensi kerajaan dengan segera bagi mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.

  • Menyebarkan nasihat atau amaran cuaca buruk dalam tempoh 30 minit selepas diterima.

  • Melayani serta merta dengan sopan semua pertanyaan mengenai cuaca melalui telefon atau datang sendiri ke pejabat pada bila-bila masa (24 jam sehari termasuk hari Ahad dan kelepasan Am).

Peta Lokasi

Pegawai Dihubungi

Pengarah,
Pejabat Meteorologi Johor,
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai,
81250 Johor Bahru, Johor
Tel: 07 - 5994 739
Faks: 07 - 5994 521
E-mail : pmssenai@met.gov.my