Pejabat Meteorologi Terengganu


Pengenalan

Pejabat Meteorologi Terengganu sebelum ini dikenali sebagai Pejabat Meteorologi Gong Kedak dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada Februari 2007 beroperasi secara 24 jam sehari termasuk hari kelepasan am. Selaras dengan pertambahan fungsi dan tanggungjawab semasa, pejabat ini kemudiannya berpindah dan beroperasi di bangunan pejabat baru dan dikenali sebagai Pejabat Meteorologi Terengganu pada 11 Januari 2011. Ianya disokong oleh 4 pejabat lain iaitu Pejabat Meteorologi Kuala Terengganu, Stesen Seismologi Kuala Terengganu,  Stesen Meteorologi Radar Marang dan Pejabat Meteorologi Kerteh.

 

Fungsi
  • Mengurus pentadbiran, pembangunan dan operasi meteorologi di peringkat negeri.

  • Memastikan aktiviti berkaitan memenuhi keperluan negeri dan nasional.

  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang meteorologi, geofizik dan tsunami kepada kerajaan negeri.

  • Melaksanakan program kesedaran dan pendidikan awam mengenai risiko bencana yang berkaitan dengan fenomena cuaca dan gempa bumi dan tsunami peringkat negeri.

  • Mengurus dan memantau operasi meteorologi penerbangan mematuhi piawian ICAO/WMO.

Perkhidmatan
  • Mengeluarkan amaran awal akan berlakunya fenomena cuaca buruk seperti hujan monsun, hujan lebat berterusan, ribut petir, kemarau, kabut dan jerebu apabila diperlukan.

  • Mengeluarkan tinjauan cuaca khas, maklumat dan nasihat kepada pengguna-pengguna data meteorologi daripada pelbagai sektor seperti pembinaan, pelancongan, perindustrian, pertanian, perikanan, perkapalan dan marin apabila diperlukan.

  • Menyediakan tinjauan cuaca umum kepada agensi dan orang awam setiap hari.

Piagam Pelanggan

Kami, Warga Pejabat Meteorologi Terengganu dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  • Semua perkhidmatan meteorologi yang diberikan kepada penerbangan tentera dalam dan luar negeri mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)/ World Meteorological Organization (WMO).

  • Menyebarkan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional kepada orang awam dan agensi kerajaan dengan segera bagi mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.

  • Memberi respon terhadap setiap pertanyaan dan aduan dalam masa dua (2) minggu melalui surat atau dua puluh empat (24) jam melalui telefon.

Peta Lokasi

Pegawai Dihubungi

Pengarah,
Pejabat Meteorologi Terengganu,
KM 8, Jalan Kuala Besut,
22000 Jertih, Terengganu.
Tel: 09 - 690 2460
Faks: 09 - 690 2462
E-mail : rfogkedak@met.gov.my