- Utama
- Profil Korporat
- Ramalan
- Gempa Bumi
- Pencerapan
- Iklim
- Penerbitan
- Pendidikan
- Hubungi Kami
-
Talian Hotline1-300-22-1638
Istilah | Definisi |
---|---|
Gegaran dirasai | Gegaran yang dirasai di Malaysia. |
Kedalaman | Kedalaman gempa bumi yang diukur dari permukaan bumi sehingga ke titik punca gempa. Diukur dalam unit kilometer. |
Epicenter | Satu titik di permukaan bumi yang diukur secara menegak di atas hypocenter (titik punca gempa bumi). |
Hypocenter | Satu titik di dalam kerak bumi yang mana adalah titik mula patahan gempa bumi terjadi. |
Foreshocks | Satu siri gempa bumi bersaiz kecil yang kerap terjadi sebelum berlakunya gempa bumi utama. |
Mainshocks | Gempa bumi terbesar dalam suatu urutan kejadian gempa bumi. |
Gempa susulan | Satu siri gempa bumi bersaiz kecil atau sederhana yang terjadi selepas berlakunya gempa bumi utama. |
Magnitud | Suatu nombor yang menunjukkan saiz gempa bumi yang berlaku. Magnitud ini diukur berdasarkan kepada amplitud maksimum gelombang seismik yang direkodkan oleh seismogram. |
Intensiti | Suatu nombor dalam huruf roman yang menunjukkan kekuatan gempa bumi yang berlaku dan memberi kesan di permukaan bumi, manusia dan juga struktur bangunan. |
Istilah | Definisi |
---|---|
Tsunami tempatan | Tsunami dari sumber yang berdekatan untuk kesan kemusnahan terhad kepada pantai dalam jarak 100 km dari sumber. |
Tsunami serantau | Tsunami yang berupaya untuk mencetuskan kemusnahan pada suatu kawasan, biasanya dalam jarak 1000 km atau perambatan gelombang tsunami dalam masa 1 – 3 jam. |
Tsunami merentas lautan | Sumber tsunami dari jarak jauh, biasanya dalam jarak lebih dari 1000 km atau perambantan gelombang tsunami dalam masa lebih dari 3 jam. |