Kriteria Amaran Ribut Petir


Jenis Amaran Kriteria
RIBUT PETIR
  • Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
  • Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Takrifan:

Ribut Petir Kejadian cuaca yang dikaitkan dengan kehadiran kilat dan petir hasil daripada pembentukan awan kumulonimbus. Ribut petir biasanya disertai dengan angin kencang dan hujan lebat dalam tempoh yang singkat yang boleh menyebabkan banjir kilat. Dalam keadaan yang ekstrem, ribut petir juga menghasilkan hujan batu dan puting beliung (belalai air dan belalai darat).