Aplikasi myCuaca


myCuaca telah dilancarkan pada 23 Mac 2015 dan merupakan aplikasi mudah alih MET Malaysia yang berperanan sebagai platform penyampaian maklumat dan amaran kepada orang awam. Maklumat yang boleh diperolehi dalam aplikasi ini meliputi maklumat dan amaran cuaca, ramalan cuaca harian, imej gema radar bagi cuaca semasa dan imej satelit terkini, gempa bumi dan tsunami. Tujuan utama pembangunan aplikasi mudah alih ini adalah untuk menyebarkan maklumat kritikal meliputi ramalan cuaca harian, maklumat dan amaran cuaca, kejadian gempa bumi dan tsunami. Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini melalui Google Play dan Apps Store secara percuma.

Pautan Muat Turun Aplikasi

Gamma: https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/35

iOS: https://apps.apple.com/my/app/mycuaca/id955289490

Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.met.mycuaca&hl=en&gl=US