- Utama
- Profil Korporat
- Ramalan
- Gempa Bumi
- Pencerapan
- Iklim
- Penerbitan
- Pendidikan
- Hubungi Kami
-
Talian Hotline1-300-22-1638
myCuaca Versi 3.0 merupakan aplikasi mudah alih rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) yang telah dilancarkan pada 13 Oktober 2026. Versi baharu ini dilengkapi dengan reka bentuk yang lebih mesra pengguna, fungsi personalisasi serta penyampaian maklumat cuaca berasaskan lokasi, bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah, interaktif dan informatif. Aplikasi ini menyediakan maklumat cuaca serta amaran bagi seluruh Malaysia untuk membantu pengguna membuat perancangan dan persediaan bagi aktiviti harian serta aktiviti luar.
Ciri-ciri Utama myCuaca Versi 3.0 :
Ramalan cuaca mengikut lokasi - Memaparkan ramalan berdasarkan lokasi semasa pengguna serta membolehkan pengguna melihat ramalan bagi lokasi lain.
Ramalan cuaca 24 jam dan 7 hari - Menyediakan ramalan cuaca 24 jam serta sehingga tujuh (7) hari ke hadapan bagi lokasi yang dipilih oleh pengguna.
Peta interaktif dengan pelbagai lapisan - Membolehkan pengguna meneroka pelbagai maklumat meteorologi secara interaktif melalui lapisan seperti radar, RaINS, satelit, suhu, angin, kilat, ribut taufan dan gempa bumi.
Amaran mengikut lokasi - Menyediakan notifikasi amaran cuaca berdasarkan lokasi semasa pengguna.
Lokasi kegemaran - Membolehkan pengguna menyimpan dan mengurus lokasi kegemaran bagi mendapatkan maklumat cuaca dengan lebih mudah.
Versi baharu ini turut menyasarkan penggunaan yang lebih meluas, khususnya dalam kalangan pengguna yang menjalankan aktiviti luar seperti berkebun, melancong dan beriadah, dengan menyediakan maklumat cuaca yang mudah dicapai, interaktif dan relevan mengikut lokasi.
GAMMA: https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/35
iOS: https://apps.apple.com/my/app/mycuaca/id955289490
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.met.mycuaca&hl=en&gl=US