Aplikasi RakanMET


Aplikasi RakanMET telah dilancarkan pada 23 Mac 2022 dan merupakan platform perkongsian maklumat cuaca seperti hujan lebat, ribut petir, angin kencang, jerebu, gempa bumi atau bencana. Aplikasi ini dibangunkan untuk perkongsian maklumat di antara pengguna dengan MET Malaysia yang berorientasikan perkhidmatan komuniti (Community Oriented Service) dan perkongsian pintar (Smart Partnership). Setiap pelaporan yang dikongsikan adalah berdasarkan tetapan lokasi semasa telefon pengguna melalui Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS). Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan maklumat ramalan cuaca semasa dan maklumat ini tersedia dalam sela masa 30 minit untuk tempoh sehingga 3 jam. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apps Store secara percuma.

Pautan Muat Turun Aplikasi

iOS: https://apps.apple.com/my/app/rakanmet/id1591924339
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.met.rakanmet