Pejabat Meteorologi Kedah


Pengenalan

Pejabat Meteorologi Kedah telah ditubuhkan sekitar tahun 1970-an di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar Kedah. Pejabat Meteorologi Kedah merangkumi 2 buah stesen pencerapan permukaan utama di Alor Setar dan Langkawiserta 1 stesen meteorologi radar di Hutan Kampung juga dalam daerah Alor Setar. Pejabat-pejabat dan stesen ini berfungsi untuk mengawasi keadaan cuaca secara berterusan dan menyediakan data-data meteorologi untuk kegunaan ramalan cuaca bagi kawasan-kawasan di utara Semenanjung Malaysia. Bilangan kakitangan semasantuk keseluruhan operasi Negeri Kedah ialah seramai 20 orang. Selain dari itu, Pejabat Meteorologi Kedah juga bertanggungjawab untuk mengawalselia operasi beberapa komponen Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM). Antara komponen-komponen berkenaan ialah 8 buah siren tsunami dan 4 buah stesen seismik. Sistem siren dan stesen seismik ini memainkan peranan besar dalam persiapan negara menghadapi fenomena gempa bumi dan ancaman tsunami.

Fungsi
  • Mengurus pentadbiran, pembangunan dan operasi Jabatan peringkat negeri.

  • Memastikan aktiviti berkaitan memenuhi keperluan negeri dan nasional.

  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang meteorologi, geofizik dan tsunami kepada kerajaan negeri.

Perkhidmatan
  • Memantau dan membekal maklumat cuaca penerbangan kepada agensi penerbangan.

  • Mengeluarkan tinjauan cuaca khas, maklumat dan nasihat kepada pengguna-pengguna data meteorologi daripada pelbagai sektor seperti pembinaan, pelancongan, perindustrian, pertanian, perikanan, perkapalan dan marin apabila diperlukan.

  • Mengeluarkan amaran awal akan berlakunya fenomena cuaca buruk seperti hujan monsun, hujan lebat berterusan, ribut petir, kemarau, kabut dan jerebu apabila diperlukan.

  • Menyediakan tinjauan cuaca radio yang dikeluarkan setiap hari.

Piagam Pelanggan

Kami, Warga Pejabat Meteorologi Kedah dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  • Semua perkhidmatan meteorologi yang diberikan kepada penerbangan tentera dalam dan luar negeri mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)/ World Meteorological Organization (WMO).

  • Menyebarkan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional kepada orang awam dan agensi kerajaan dengan segera bagi mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.

  • Melayani serta merta dengan sopan semua pertanyaan mengenai cuaca melalui telefon atau datang sendiri ke pejabat pada bila-bila masa (24 jam sehari termasuk hari Ahad dan kelepasan Am).

Peta Lokasi

Pegawai Dihubungi

Pengarah,
Pejabat Meteorologi Kedah,
Kepala Batas,
06200 Alor Setar, Kedah.
Tel: 04 - 714 0061
Faks: 04 - 714 4212
E-mail : pmsalorsetar@met.gov.my