Pejabat Meteorologi Perak


Pengenalan

Pejabat Meteorologi Perak diwujudkan pada Jun 2014 untuk mengurus pentadbiran, pembangunan dan operasi MetMalaysia di peringkat negeri Perak Darul Ridzuan. Pejabat ini terletak di bawah Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Fungsi
  • Mengurus pentadbiran, pembangunan dan operasi Jabatan Peringkat Negeri.

  • Memastikan aktiviti memenuhi keperluan Negeri dan Nasional.

  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang meteorologi, geofizik dan tsunami kepada Kerajaan Negeri.

  • Melaksanakan program kesedaran dan pendidikan awam mengenai risiko bencana yang berkaitan dengan fenomena cuaca dan gempa bumi dan tsunami Peringkat Negeri.

  • Mengurus dan memantau operasi meteorologi penerbangan mematuhi piawian ICAO/WMO.

Perkhidmatan
  • Memantau Keadaan Cuaca Berterusan Dan Pengeluaran Nasihat/Amaran Berkaitan.

  • Membekalkan maklumat “Nasihat dan Amaran Cuaca" kepada Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah.

  • Menyampaikan Taklimat Cuaca/Khidmat Nasihat.

Piagam Pelanggan

Kami, Warga Pejabat Meteorologi Perak dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  • Semua perkhidmatan meteorologi yang diberikan kepada penerbangan awam mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)/ World Meteorological Organization (WMO).

  • Menyebarkan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional kepada orang awam dan agensi kerajaan dengan segera bagi mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.

  • Menyebarkan nasihat atau amaran cuaca buruk dalam tempoh 30 minit selepas diterima.

  • Melayani serta merta dengan sopan semua pertanyaan mengenai cuaca melalui telefon atau datang sendiri ke pejabat pada bila-bila masa (24 jam sehari termasuk hari Ahad dan kelepasan Am).

Peta Lokasi

Pegawai Dihubungi

Pengarah,
Pejabat Meteorologi Perak,
Jalan Datuk Ahmad Yunus,
32000 Sitiawan, Perak.
Tel: 05 - 691 1516
Faks: 05 - 691 1516
E-mail : pmperak@met.gov.my