Pejabat Meteorologi Pahang


Pengenalan

Pejabat Meteorologi Pahang memulakan operasi sejak tahun 1951 sebagai sebuah Stesen Kajicuaca di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan. Selaras dengan pertambahan fungsi dan tanggungjawab semasa, ianya dinaik taraf menjadi sebuah pejabat negeri dan disokong oleh 4 pejabat lain iaitu Pejabat Meteorologi Muadzam Shah, Pejabat Meteorologi Temerloh, Pejabat Meteorologi Batu Embun dan Pejabat Meteorologi Cameron Highlands. Fungsi utama penubuhan rangkaian 5 stesen pencerapan permukaan, 1 stesen udara atas dan 1 stesen radar di negeri Pahang ini adalah untuk membekalkan perkhidmatan meteorologi bagi memenuhi keperluan operasi penerbangan dan orang awam. Bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan, Sistem Pengurusan Kualiti telah diwujudkan dan diiktiraf dengan pensijilan MS ISO 9001: 2008 sejak tahun 2005 hingga sekarang.

Fungsi
  • Mengurus pentadbiran, pembangunan dan operasi meteorologi di peringkat negeri.

  • Memastikan aktiviti berkaitan memenuhi keperluan negeri dan nasional.

  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang meteorologi, geofizik dan tsunami kepada kerajaan negeri.

  • Meningkatkan kesedaran awam mengenai cuaca ekstrem, gempa bumi dan tsunami melalui program-program yang diadakan dari semasa ke semasa.

Perkhidmatan
  • Menyediakan dokumen cuaca penerbangan untuk operasi penerbangan awam dan tentera di dalam dan luar negeri.

  • Menyediakan tinjauan cuaca umum kepada orang awam setiap hari.

  • Menyediakan tinjauan cuaca radio yang dikeluarkan setiap 8 jam.

  • Mengeluarkan tinjauan cuaca khas, maklumat dan nasihat kepada pengguna-pengguna data meteorologi daripada pelbagai sektor seperti pembinaan, pelancongan, perindustrian, pertanian, perikanan, perkapalan dan marin apabila diperlukan.

  • Mengeluarkan amaran awal akan berlakunya fenomena cuaca buruk seperti hujan monsun, hujan lebat berterusan, ribut petir, kemarau, kabut dan jerebu apabila diperlukan.

Piagam Pelanggan

Kami, Warga Pejabat Meteorologi Pahang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  • Semua perkhidmatan meteorologi yang diberikan kepada penerbangan tentera dalam dan luar negeri mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)/ World Meteorological Organization (WMO).

  • Semua dokumen ramalan cuaca untuk penerbangan antarabangsa dan domestik disiapkan tidak lewat dari tiga (3) dan dua (2) jam sebelum penerbangan masing-masing.

  • Menyebarkan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional kepada orang awam dan agensi kerajaan dengan segera bagi mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.

  • Semua undangan menyampaikan taklimat dan khidmat nasihat cuaca dipenuhi.

  • Memberi respon terhadap setiap pertanyaan dan aduan dalam masa dua (2) minggu melalui surat atau dua puluh empat (24) jam melalui telefon

Peta Lokasi

Pegawai Dihubungi

Pejabat Meteorologi Pahang,
Batu 9, Jalan Gambang,
26070 Kuantan, Pahang.
Tel: 09 - 538 4216/366
Faks: 09 - 538 4673
E-mail : pmskuantan@met.gov.my