Pejabat Meteorologi Melaka


Pengenalan

Pejabat Meteorologi Melaka yang terletak 11.1km dari Bandar Hilir Melaka beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dengan jumlah kakitangan seramai 9 orang. Pejabat ini dipertanggungjawabkan untuk menyediakan maklumat cuaca bagi operasi penerbangan awam dan akademi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

Fungsi
  • Memantau keadaan cuaca secara berterusan di negeri Melaka.

  • Menyediakan perkhidmatan meteorologi untuk operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

  • Mengeluarkan amaran cuaca untuk pihak penerbangan, aktiviti laut, pihak mengurus bencana dan orang awam.

Perkhidmatan
  • Mengawasi keadaan cuaca secara berterusan.

  • Membekalkan maklumat "Amaran" kepada Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Bencana Negeri, agensi-agensi Kerajaan seperti APM dan Jabatan Laut.

  • Amaran-amaran lapangan terbang mengenai parameter-parameter cuaca yang penting dari segi keselamatan penerbangan apabila perlu.

Piagam Pelanggan

Kami, Warga Pejabat Meteorologi Melaka dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  • Semua perkhidmatan meteorologi yang diberikan kepada penerbangan awam mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)/ World Meteorological Organization (WMO).

  • Menyebarkan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional kepada orang awam dan agensi kerajaan dengan segera bagi mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.

  • Menyebarkan nasihat atau amaran cuaca buruk dalam tempoh 30 minit selepas diterima.

  • Melayani serta merta dengan sopan semua pertanyaan mengenai cuaca melalui telefon atau datang sendiri ke pejabat pada bila-bila masa (24 jam sehari termasuk hari Ahad dan kelepasan Am).

Peta Lokasi

Pegawai Dihubungi

Pengarah,
Pejabat Meteorologi Melaka,
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, No.6758-1 Off Jalan Chengal,
Taman Merdeka, Batu Berendam,
75350 Melaka.
Tel: 06 - 317 5773
Faks: 06 - 317 6646
E-mail : pmsmelaka@met.gov.my