Pejabat Meteorologi Kelantan


Pengenalan

Pejabat Meteorologi Kelantan terletak berhampiran kawasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan kira-kira 10 km dari bandar Kota Bharu. Bermula sebagai Balai Pencerapan Cuaca pada zaman British iaitu pada tahun 1930 di Padang Keloncor, Kota Bahru. Pada tahun 1957, ianya telah dipindahkan ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dan kemudian dikenali sebagai Stesen Meteorologi Kota Bharu. Pada tahun 2014, ianya telah dinaik taraf sebagai Pejabat Meteorologi Kelantan dengan Stesen Meteorologi Radar dan Pejabat Meteorologi Kuala Krai di bawah tanggungjawbnya serta berfungsi dalam menguruskan pentadbiran, pembangunan dan operasi MetMalaysia di negeri Kelantan.

Fungsi
  • Mengurus pentadbiran, pembangunan dan operasi meteorologi di peringkat negeri.

  • Memastikan aktiviti berkaitan memenuhi keperluan negeri dan nasional.

  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang meteorologi, geofizik dan tsunami kepada kerajaan negeri.

  • Melaksanakan program kesedaran dan pendidikan awam mengenai risiko bencana yang berkaitan dengan fenomena cuaca dan gempa bumi dan tsunami peringkat negeri.

  • Mengurus dan memantau operasi meteorologi penerbangan mematuhi piawian ICAO/WMO.

Perkhidmatan
  • Mengeluarkan amaran awal akan berlakunya fenomena cuaca buruk seperti hujan monsun, hujan lebat berterusan, ribut petir, kemarau, kabut dan jerebu apabila diperlukan.

  • Mengeluarkan tinjauan cuaca khas, maklumat dan nasihat kepada pengguna-pengguna data meteorologi daripada pelbagai sektor seperti pembinaan, pelancongan, perindustrian, pertanian, perikanan, perkapalan dan marin apabila diperlukan.

  • Menyediakan tinjauan cuaca umum kepada agensi dan orang awam setiap hari.

Piagam Pelanggan

Kami, Warga Pejabat Meteorologi Kelantan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  • Semua perkhidmatan meteorologi yang diberikan kepada penerbangan tentera dalam dan luar negeri mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)/ World Meteorological Organization (WMO).

  • Menyebarkan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional kepada orang awam dan agensi kerajaan dengan segera bagi mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.

  • Memberi respon terhadap setiap pertanyaan dan aduan dalam masa dua (2) minggu melalui surat atau dua puluh empat (24) jam melalui telefon.

Peta Lokasi

Pegawai Dihubungi

Pengarah,
Pejabat Meteorologi Kelantan,
Lot 1244, Jalan Maktab, Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09 - 774 5867 / 09 - 773 7490
Faks: 09 - 773 5646
E-mail : pmskbharu@met.gov.my