Pejabat Meteorologi Negeri Sembilan


Pengenalan

Pejabat Meteorologi Negeri Sembilan telah mula beroperasi 1 Januari 2012 yang ketika itu dikenali sebagai Pejabat Meteorologi Kuala Pilah, di mana fungsi utama ketika itu adalah menjalankan cerapan dan pelaporan elemen cuaca permukaan setiap jam dan setiap hari. Semasa awal operasi Pejabat Meteorologi Kuala Pilah adalah dibawah tanggungjawab dan seliaan Pejabat Meteorologi Selangor. Selaras dengan penstrukturan semula organisasi Jabatan Meteorologi Malaysia, pada Disember 2013 Pejabat Meteorologi Kuala Pilah dikenali sebagai Pejabat Meteorologi Negeri Sembilan, dengan fungsi utamanya memantau, mencerap dan melaporkan keadaan cuaca permukaan secara berterusan dan menyebarkan amaran-amaran cuaca buruk kepada agensi-agensi kerajaan dan orang awam di Negeri Sembilan.

Fungsi
  • Mengurus pentadbiran, pembangunan dan operasi Jabatan peringkat negeri.

  • Memastikan aktiviti memenuhi keperluan negeri dan nasional.

  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang meteorologi, geofizik dan tsunami kepada kerajaan negeri.

  • Melaksanakan program kesedaran dan pendidikan awam mengenai risiko bencana yang berkaitan dengan fenomena cuaca dan gempa bumi dan tsunami peringkat negeri.

  • Mengurus dan memantau operasi meteorologi penerbangan mematuhi piawaian ICAO/WMO.

Perkhidmatan
  • Membekalkan perkhidmatan meteorologi yang tepat, cekap dan berkualiti untuk keperluan orang awam dan agensi kerajaan atau swasta.

  • Memantau keadaan dan perubahan cuaca bagi pelaporan METAR/SPECI serta menyebarkan amaran cuaca buruk untuk menjamin keselamatan dan keselesaan awam di Negeri Sembilan khususnya.

Piagam Pelanggan

Kami, Warga Pejabat Meteorologi Negeri Sembilan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  • Semua perkhidmatan meteorologi yang diberikan kepada penerbangan awam mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)/ World Meteorological Organization (WMO).

  • Menyebarkan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional kepada orang awam dan agensi kerajaan dengan segera bagi mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.

  • Menyebarkan nasihat atau amaran cuaca buruk dalam tempoh 30 minit selepas diterima.

  • Melayani serta merta dengan sopan semua pertanyaan mengenai cuaca melalui telefon atau datang sendiri ke pejabat pada bila-bila masa (24 jam sehari termasuk hari Ahad dan kelepasan Am).

Peta Lokasi

Pegawai Dihubungi

Pengarah,
Pejabat Meteorologi Negeri Sembilan,
Lot 7680, Batu 1, Jalan Tampin,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel: 06 – 481 0919
Faks: 06 – 481 0920
E-mail : pmskpilah@met.gov.my