Pejabat Meteorologi Perlis


Pengenalan

Pejabat Meteorologi Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1977 di Mata Ayer, Perlis dengan nama asalnya iaitu Stesen Kajicuaca Chuping. Selain menempatkan peralatan untuk pencerapan cuaca permukaan, pejabat ini juga mempunyai beberapa alat khas untuk bidang pertanian seperti Sistem Wet-only, High Volume Air Sample (HVAS –PM 10) dan Anderson Acid Precipitation Sampler(AAPS) disamping Stesen seismic vault ‘Strong motion’ dan Siren NEXUS di Kuala Perlis. Terdapat 4 buah stesen pencerapan auxilary cuaca permukaan berada di bawah seliaan Pejabat Meteorologi Perlis terletak di Hospital Kangar, Padang Veterinar Padang Besar, Felda Chuping B serta Perhutanan Wang Kelian. Pejabat Meteorologi Perlis telah ditubuhkan dengan fungsi utamanya untuk sentiasa mengawasi keadaan cuaca secara berterusan dan menyediakan data-data meteorologi untuk kegunaan ramalan cuaca bagi kawasan di utara Semenanjung Malaysia.

Fungsi
  • Mengurus pentadbiran, pembangunan dan operasi Jabatan di peringkat negeri.

  • Memastikan aktiviti memenuhi keperluan negeri dan nasional.

  • Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam bidang meteorologi, geofizik dan tsunami kepada kerajaan negeri.

  • Menyediakan data kepada agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan.

  • Melaksanakan program kesedaran dan pendidikan awam mengenai risiko bencana yang berkaitan dengan fenomena cuaca dan gempa bumi dan tsunami Peringkat Negeri.

Perkhidmatan
  • Membekalkan maklumat cuaca am kepada orang awam, hotel dan pengangkutan feri.

  • Mengeluarkan tinjauan cuaca khas, maklumat dan nasihat kepada pengguna-pengguna data meteorologi daripada pelbagai sektor seperti pembinaan, pelancongan, perindustrian, pertanian, perikanan, perkapalan dan marin apabila diperlukan.

  • Mengeluarkan amaran awal akan berlakunya fenomena cuaca buruk seperti hujan monsun, hujan lebat berterusan, ribut petir, kemarau, kabut dan jerebu apabila diperlukan.

  • Membekalkan data meteorologi semasa.

Piagam Pelanggan

Kami, Warga Pejabat Meteorologi Perlis dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan. Kami menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  • Semua perkhidmatan meteorologi yang diberikan kepada penerbangan awam mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO)/ World Meteorological Organization (WMO).

  • Memberi maklumbalas dengan kadar yang segera kepada pelanggan berhubung maklumat berkaitan cuaca dan keadaan laut.

  • Menyebarkan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca Dan Geofizik Nasional kepada orang awam dan agensi kerajaan dengan segera bagi mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda.

Peta Lokasi

Pegawai Dihubungi

Pengarah,
Pejabat Meteorologi Perlis,
Mata Ayer,
025000 Kangar, Perlis.
Tel: 04 – 938 4394
Faks: 04 – 938 2158
E-mail : pmschuping@met.gov.my